Setiap hujung bulan pastinya ramai yang ternanti-nantikan apakah perkembangan terkini mengenai petrol dan diesel. Apakah akan berlaku kenaikan harga atau penurunan.

Kali ini, mungkin berita mengenai harga petrol yang akan bermula tengah malam ini memberi sinar gembira. Memetik sumber info yang disiarkan oleh portal Malaysiakini, harga petrol RON95 akan turun 10 sen kepada RM1.95 manakala harga petrol RON97 dan diesel kekal.

Harga petrol Ron95 turun 10 sen dan menjadikan harga barunya adalah RM1.95 seliter (harga asal RM2.05). Manakala harga petrol Ron97 dan diesel masing-masing kekal dengan harga RM 2.45 (kekal) dan RM1.90 (kekal).

HARGA TERBARU PETROL RON95 RON97 DAN DIESEL BERMULA 1 DISEMBER 2015

Apapun sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi dari pihak yang berkenaan. Sekiranya ada, laporan susulan akan menyusul mengenai info ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.