Harimau Malaya Di Thailand – Layan Macam Tak Mahu Layan, Beri Padang Macam Bendang | Ketika skaud Thailand datang ke Malaysia untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki pada 9 Disember 2012 yang lepas mereka telah menerima layanan kelas lima bintang. Namun balasan untuk skuad Malaysia yang bertandang kesana sangat mengecewakan. Harimau Malaya diberi padang latihan yang didapati becak dan layak dipanggil bendang.

Manurut laporan BH Online, pihak pengurusan pasukan kebangsaan telah membuat aduan kepada penganjur Piala Suzuki, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) serta tuan rumah, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengenai perkara tersebut.

“Saya sudah buat aduan kepada pihak penganjur dan FAT. Harap esok (hari ini) dapat padang lebih elok. Tapi anggap ini semua dugaan untuk berjaya,” kata pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal dalam laporan berkenaan.

Beliau juga menjelaskan pasukannya amat kecewa dengan padang yang macam bendang padi, tempat pemain salin pakaian pun tiada, jaring gol koyak rabak dan orang awam boleh tengok secara terbuka mereka menjalani latihan. Selain itu tiada anggota keselamatan yang menjaga pemain Malaysia dan pihak media juga bebas berada disana untuk membuat liputan.

Ketika ditanya adakah ini salah satu taktik atau strategi Thailand untuk melunturkan semangat juang Harimau Malaya, Datuk Subahan berkata: “Saya tak tahu. Apa pun, yang berlaku ini tidak menunjukkan semangat kesukanan. Patut layanan lebih baik dan kita sudah rugi sehari tidak dapat menjalani latihan penuh.”

Diharapkan pasukan Malaysia tidak mudah mengaku kalah dan lemah semangat. Anggaplah ini sebagai pembakar semangat untuk tampil beraksi dengan lebih baik selain menjadi pasukan yang lebih dihormati, disegani dan digeruni dikalangan negara serantau pun ok dah kot.

p/s : Sepatutnya orang AFF kena selidik dulu fasiliti yang disediakan oleh tuan rumah, bukannya main redah jer.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.