Saat tersebarnya berita mengenai aktres jelita Rozita Che Wan atau dikenali dengan panggilan Che Ta merancang mahu menghadiahkan anak sulungnya, Ammar Effendy sebuah kereta mewah jenis BMW X6, ramai peminat memberi respon, bertapa beruntungnya menjadi anak Che Ta.

Bagaimanapun, Ammar memberikan respon yang berbeza apabila pelajar cemerlang 8A SPM ini menerusi laman sosial Twitter miliknya menyatakan laporan media mengenai hasrat ibunya itu sebagai mengarut dan tidak benar.

ammar anak che ta

Ammar berkata demikian sebagai membalas beberapa sapaan pengikut Twitter yang mengatakan dia bertuah kerana bakal memiliki kereta idaman ramai anak muda sebayanya. Bahkan ada antara rakannya yang dalam nada bergurau berpesan jangan lupa menumpangkan mereka nanti.

Selain menulis perkataan nonsense (mengarut), Ammar juga menulis kenapa selalu salah dengar. Luahannya itu seolah-olah menyifatkan laporan media mengenai berita dia bakal mendapat kereta mewah itu, tidak benar.

p/s: Habis tu, Che Ta mana yang keluarkan kenyataan mahu hadiahkan kereta tu? Ke ada Che Ta lain…?

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.