Anak-Anak Adalah Segalanya Bagi Rita Rudaini | Hatinya sudah ‘kebas’ untuk menerima kembali Aidil. Itulah luahan Rita Rudaini sebagaimana yang dipetik dalam sebuah portal hiburan. Baru-baru ini, Rita dan suaminya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak pemain bola sepak kebangsaan dan ATM, dinasihatkan oleh mahkamah untuk menyelesaikan masalah mereka secara baik.

Apabila ditanya berkenan perkara itu, Rita pantas mengelak dan tidak mahu mengulas panjang isu berkenaan. Beliau kini lebih selesa dan bahagia bersama anak-anaknya dan baginya anak-anak adalah segalanya. Sesibuk manapun beliau di lokasi pengambaran, dia akan sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama anak-anak.

Hidup saya kini untuk anak. Kalau tiada anak, saya tak boleh hidup,” Rita Rudaini menegaskan kini dia lebih bahagia bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin (3 tahun) dan Airit Rafqa Arjuna (1 tahun). Oleh itu beliau hanya akan terima tawaran berlakon sekiranya waktu penggambaran tak lebih dari pukul 10.30 malam.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.