Heliza Helmi Rahsiakan Kisah Cinta Dengan Ahli Farmasi? | Sebelum ini Heliza Helmi dituduh mendapat tajaan VIP kemudian beliau juga dituduh cuba merahsiakan kisah cintanya. Oleh itu pengacara dan pelakon Heliza Helmi berasa pelik dengan tuduhan kononnya dia cuba merahsiakan status dirinya yang dikatakan sudah memiliki kekasih dalam diam.

Menerusi laporan mStar Online, Heliza, 26, memberitahu, dia tidak perlu berbuat demikian kerana pada hakikatnya dia masih belum mempunyai teman istimewa ekoran jadual kerja yang padat.

“Saya sendiri pelik dan terkejut bagaimana orang lain lebih mengetahui hal hati dan perasaan saya? Buat masa ini saya tiada teman istimewa atau kekasih kerana jadual harian saya padat dengan pelbagai urusan kerja. Rasanya tidak perlu saya hendak berahsia jika saya memang menjalin hubungan dengan individu tertentu,” katanya dalam akhbar berkenaan.

Heliza berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus kononnya dia merahsiakan hubungannya dengan seorang ahli farmasi yang dikenalinya ketika belajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), beberapa tahun lalu. Oleh itu, dia memohon agar gosip yang mengaitkannya dengan ahli farmasi itu dihentikan demi menghormati perasaan lelaki tersebut.

“Dia hanya kawan baik saya ketika zaman belajar di IPT dulu, bukan teman istimewa pun. Tiada apa yang perlu saya sembunyikan jika memang ada hubungan dengan dia. Saya mohon cerita ini tidak dibesar-besarkan demi hormati dia. Lagi pun kami sudah lama tidak berhubung. Entah-entah dia berkawan dengan sesiapa sekarang atau sudah berkahwin, nanti tidak pasal-pasal timbul masalah lain pula,” katanya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.