Hetty Sarlene Maafkan Mereka Yang Sebar Foto Panasnya Bersama Kekasih | Sebelum ini kecoh mengenai tersebarnya gambar panas Hetty Sarlene bersama teman lelakinya. Rupanya gambar berkenaan telah dicuri oleh mereka yang tak bertanggungjawab dalam akaun Instagram miliknya.

Bagaimanapun menerusi laporan Utusan Online, pelakon Hetty Sarlene Abdul Hamid, 29, tidak akan mengambil tindakan terhadap pencuri dan penyebar fotonya itu. Bahkan dia memaafkan individu yang menyebarkan foto ‘aksi berani’ dengan teman lelakinya.

hetty sarlene & kekasih (1)

Ianya dijelaskan oleh Hetty Sarlene menerusi laman sosial Instagramnya. Katanya, dia percaya pada hukum karma.

“Pada orang yang telah mencuri foto atau memuat turun foto saya tanpa izin, saya telah maafkan kamu. Alhamdulillah, awak telah memikul dosa saya dan awak jawablah nanti di akhirat,” katanya sinis.

Hetty Sarlene juga berkata, dia tidak berasa tertekan dengan apa yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fotonya bersama lelaki yang bakal dikahwininya itu. Hetty juga menegaskan dia tidak kisah menjadi bahan gosip di Internet kerana orang yang terlibat juga menanggung dosa itu.

“Kenapa mereka perlu menyebar foto-foto saya bersama lelaki yang bakal menjadi suami saya? Adakah mereka cemburu melihat hubungan kami yang sempurna? Apakah mereka ingin menjatuhkan saya? Apa pun mencuri itu tidak baik kerana semua foto itu hak saya. Saya menerima permintaan berkawan dengan sesiapa sahaja menerusi Instagram tetapi menyebarkan gambar saya tanpa kebenaran adalah sesuatu yang salah. Bergosiplah. Alhamdulillah, saya tidak rugi apa-apa pun,” luahnya panjang lebar.

p/s: Gambar macam tu hanya sesuai dengan suami bukan dengan bakal suami. Dia pulak upload dalam laman sosial, memang jadi sasaran la.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.