Banyak pula kisah selebriti yang menghidap kanser. Begitulah resam dunia, penyakit dari-Nya tidak mengira pangkat atau darjat seseorang. Jika sebelum ini, pelakon dan juga pengacara Scha Al Yahya dilaporkan menjalani rawatan akibat kanser, kali ini ammboi mahu kongsikan satu laporan yang menyatakan pelakon antarabangsa, Angelina Jolie dilaporkan hanya boleh hidup 3 tahun sahaja lagi.

angelina jolie hidap barah

Ianya didedahkan oleh majalah antarabangsa, Globe melaporkan, jangka hayat Jolie hanya tinggal tiga tahun saja lagi. Menguatkan dakwaan itu apabila aktres ini bertindak menolak banyak tawaran lakonan, termasuk sekuel filem Salt. Umum juga sudah tahu, kekasih Brad Pitt ini sanggup membuang payudaranya untuk mencegah kanser yang diwarisi dari keturunannya. Malah dalam masa terdekat ini, dia juga bakal menjalani pembedahan rahim bagi mengatasi masalah sama.

“Angelina sedar dia tidak punya banyak masa dan ingin memanfaatkan masa yang ada untuk membuat rawatan. Dia sangat sayangkan Brad dan anak-anaknya, maka kerana itu, dia harus kuat untuk menghadapinya,” kata sumber berkenaan dipetik Sinar Harian Online.

p/s: Itu cuma ikhtiarnya. Selain itu ajal dan maut tiada siapa tahu dan ianya adalah ketentuan-Nya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.