(Hoki) Wujud Campur Tangan Kendali Skuad Kebangsaan – Paul Revington Letak Jawatan | Apa nak jadi pada skuad hoki kebangsaan kita pula, baru nak naik dah dilanda masalah pula. Bukan calang-calang masalah ni kerana ketua jurulatihnya Paul Revington dikatakan telah meletak jawatan sedangkan hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum bermula separuh akhir Kejohanan Liga Hoki Dunia di Johor Bahru.

Paul Revington, jurulatih antarabangsa kelahiran Afrika Selatan itu mengumumkan peletakan jawatannya menerusi kiriman e-mel kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) hari ini. Menerusi e-mail berkenaan, Revington mendakwa wujud campur tangan dalam mengendalikan skuad kebangsaan terutamanya daripada jurulatih skuad remaja kebangsaan, K. Dharmaraj dan Pengarah Pembangunan Hoki 1MAS, Lim Chiow Chuan.

paul revington letak jawatan jurulatih hoki kebangsaan

Naib Presiden MHC Majid Manjit Abdullah bagaimanapun meminta Revington supaya mempertimbangkan semula keputusannya. Jelasnya lagi, Revington telah banyak membantu meningkatkan prestasi skuad kebangsaan selepas mengambi alih tugas tersebut daripada Tai Beng Hai pada Ogos tahun lepas. Selain itu katanya MHC boleh menubuhkan jawatankuasa siasatan untuk menyiasat dakwaan campur tangan daripada dua jurulatih tempatan itu.

“Saya tidak boleh membuat keputusan muktamad kerana ia terletak di bawah bidang kuasa pengurusan tertinggi MHC. Seandainya beliau (Revington) tetap dengan keputusannya, maka kita mencadangkan kepada pengurusan MHC untuk mengambil jurulatih sementara seperti pembantu jurulatih kebangsaan, Arul Selvaraj atau (bekas jurulatih negara), Sarjit Singh. Namun kita merayu kepada Revington untuk mempertimbangkan semula peletakkan jawatannya kerana beliau telah melakukan tugasan terbaik sejak membimbing skuad hoki negara,” katanya dipetik dari laporan Sinar Harian.

MHC telah melantik Revington sebagai ketua jurulatih dan dibantu bekas pemain negara Arul Selvaraj bagi memulihkan imej dan maruah pasukan hoki negara. Kedua-dua mereka mula menjadi gandingan untuk melatih skuad Afrika Selatan pada 2006 sebelum membimbing skuad Ireland dari 2009 hingga pertengahan tahun lepas. Revington yang juga bekas jurulatih Ireland itu pernah memenangi anugerah ‘Jurulatih Terbaik Dunia 2011’ oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Antara kejayaan yang diraih oleh skuad kebangsaan sejak dibimbing Revington ialah menduduki tempat keempat pada Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina, November lepas selain meraih pingat gangsa pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia kedua di Qatar, sebulan kemudian. Pada Mac lepas, Malaysia muncul naib juara Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2013 di Ipoh, Perak selepas kalah 3-2 kepada Australia pada final.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.