Honda Malaysia Sdn Bhd semalam melancarkan Honda Jazz enjin petrol pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan pada harga kira-kira RM25,000 lebih rendah berbanding model import sepenuhnya (CBU) yang ditawarkannya sebelum ini. Honda Jazz CKD itu ditawarkannya pada harga atas jalan RM74,800 seunit berbanding hampir RM100,000 bagi model CBU sebelumnya.

Memetik laporan BH Online, sebelum ini Honda Jazz pertama kali diperkenalkan di negara ini pada Ogos 2008 dalam dua Gred iaitu S yang ditawarkan pada harga RM104,800 dan V (RM109,800). Pada April 2011, Honda Malaysia memperkenalkan model itu yang dipertingkatkan iaitu Jazz Gred V dengan penampilan berciri sport pada harga RM109,800. Jazz Gred V kemudian digantikan dengan Jazz Grade S pada Ogos 2012 yang menyaksikan penurunan harga atas jalannya kepada RM99,800.

honda jazz ckd 2013

Jazz enjin petrol CKD itu adalah varian Jazz kedua yang dipasang di negara ini selepas Jazz Hybrid yang dilancarkan November tahun lalu yang kini dijual pada harga atas jalan RM89,900. Pengeluaran Jazz enjin petrol CKD itu adalah hasil penubuhan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) baru awal tahun ini di kilang pemasangan Honda Malaysia di Pegoh, Melaka yang mengkhusus untuk menyesuaikan reka bentuk alat ganti tempatan.

harga honda jazz ckd malaysia 2013

Jazz enjin petrol CKD itu menawarkan ciri serta spesifikasi sama seperti yang ditawarkan model CBU dari Thailand sebelum ini dan akan membantu memacu sasaran Honda Malaysia untuk menjual 64,000 unit kenderaan tahun ini. Jazz enjin petrol CKD itu didatangkan dalam empat warna iaitu putih, metalik perak, metalik perang dan hitam. Untuk keterangan lebih lanjut anda boleh rujuk disini → Honda Jazz Malaysia (www.honda.com.my)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.