Honda Jazz S | Honda Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan variasi Honda Jazz S kepada rakyat Malaysia, sambil mengekalkan ciri-ciri penting kereta kompak hatchback lima pintu yang popular. Pihaknya percaya Jazz S akan menarik ahli profesional muda yang berminat dengan kenderaan kompak bagi mengisi gaya hidup dan cara pamanduan mereka.

Kereta Jazz S itu dikuasakan oleh enjin i-VTEC 1.5 liter, yang merupakan teknologi Honda. Jazz S didatangkan dengan warna mutiara putih yang cerah dan metalik logam dan kristal mutiara hitam. Honda menyasarkan untuk meningkatkan jualan kepada 210 unit menjelang akhir tahun. Kereta itu berharga atas jalan RM99,800.

Para pelanggan boleh menguji pandu dan membuat tempahan Jazz S di mana-mana peniaga Honda yang dibenarkan di seluruh negara.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.