Ini penjelasan penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek setelah digandingkan bersama Leuniey dalam satu iklan SimplySiti Eau de Parfum apabila gandingan mereka berdua dianggap ‘terancang’ dan mempunyai maksud lain disebaliknya.

Bagi yang mengikuti kontroversi Apek, jejaka kelahiran Kelantan ini pernah dikaitkan dengan gadis tersebut di mana Apek dikatakan menjadi punca Leuniey putus tunang. Namun bagi pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey yang  turut diperkenalkan sebagai model bagi iklan komersial tersebut hubungannya dengan Apek adalah profesional. Ini merupakan petikan penjelasan Apek dan Leuniey dalam laman portal GUA.

Apek memberitahu, “Saya tak tahu siapa yang akan terlibat dalam komersial ini kerana saya hanya ambil tahu pasal saya saja. Bila saya tahu dia ada, saya profesional dan hanya fokus pada kerja saya saja. Bagi saya, SimplySiti ada hak untuk pilih sesiapa saja dan saya tak boleh halang. Setakat ini tak ada sebarang masalah kerana masa itu saya shooting seorang diri. Memang dia ada pada hari yang sama namun masa kami saja berlainan,” ujar Apek mengakui tidak kisah dengan tanggapan orang mengenai hubungannya dengan Leuniey.

“Saya tak boleh nak tutup mulut orang untuk bercakap. Apa orang nak cakap saya tak kisah kerana kami bersikap profesional. Saya tak fikir sangat bnda ini kerana karier saya lebih penting. Saya sudah bersedia dengan apa yang akan jadi, seperti gosip ke apa. Apa yang penting, saya kena fokus permainan dan berharap permainan saya tak terjejas.”

Ditanya adakah dia tertekan dengan hal yang berlaku dan serik untuk bercinta, Apek memberitahu, “Saya anggap jodoh saya dengan Dahlia tak panjang. Saya juga tak serik untuk bercinta tapi buat masa ini saya nak fokus dulu dengan bola.

“Benda ini juga tak mengganggu saya punya karier. Bagi saya, jika fikir benda ini, ia akan jadi lebih stres. Jadi, saya letak ke tepi isu ini dan fokus lebih pada karier dan famili. Saya bersyukur kerana famili dan kawan-kawan banyak bagi sokongan kepada saya,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Penjelasan dari Leuniey pula mengenai gandingannya dengan Apek dan gadis berusia 21 tahun ini memberitahu, “Bila kami digandingkan, saya rasa takut juga sebab saya tahu orang akan berkata pasal kontroversi lepas. Tapi saya ambil perkara ini sebagai profesional dan saya ingin berterima kasih kepada Dato’ Siti sebab dia bagi banyak nasihat kepada saya.”

Dato’ Siti yang turut berada di situ turut menjelaskan, “Siti nak tekankan yang kami ambil mereka bukan sebab kontroversi yang melibatkan mereka saja, tapi atas bakat yang mereka ada. Lagipun, Siti sendiri memang penyokong pasukan bola sepak Malaysia.”

VIDEO IKLAN SIMPLYSITI

p/s : kalau betul ‘profesional’ apa nak takut kan. dan kalu betul ada hubungan pun apalah salahnya kan… huhu


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.