Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun disyaki menjadi mangsa dera ibu angkatnya berumur 22 tahun selepas pemeriksaan fizikal yang dilakukan guru tadika mendapati ada kesan cedera di kaki akibat terkena api.

Malah, terdapat kecederaan lama dan parut di rusuk kiri akibat terkena air panas menyebabkan guru itu mengesyaki kanak-kanak terbabit didera sebelum membuat laporan polis, kelmarin.

Difahamkan, pemeriksaan awal ke atas mangsa yang dilakukan di Hospital Pasir Mas mendapati mangsa mengalami luka di kaki iaitu luka lama dan baru serta kesan seperti terkena benda panas di perut sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut.

kes dera kanak-kanak

Sebagaimana laporan Harian Metro, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa dari Kampung Kubang Puyuh, Rantau Panjang dijaga suspek dan suaminya sejak 2011. Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa memberitahu kecederaan yang dialaminya disebabkan api pemetik api yang dicucuh ibu angkatnya.

“Polis sudah merakam percakapan pengadu dan maklumat daripada saksi lain juga akan diperoleh. Mangsa akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penjagaannya mungkin akan diserahkan kepada keluarga terdekat,” katanya.

Menurutnya, suspek sudah dipanggil untuk diambil keterangan dan hasil temubual, suspek mengaku ada memukul mangsa hanya untuk pengajaran kerana mendakwa mangsa nakal, tetapi menafikan mencederakannya.

Katanya, suspek turut mengaku kesan seperti terkena benda panas di perut adalah berpunca akibat berebut air panas antara mangsa dengan sepupunya. Katanya lagi, siasatan mendapati suspek mempunyai seorang anak berusia 15 bulan bersama suaminya yang bekerja di bengkel pengimpalan. Polis akan melakukan siasatan lanjut sama ada mangsa benar-benar didera.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.