Berikutan tersebarnya video bogel yang dikatakan milik seorang pelakon muda dalam filem Karipap-karipap Cinta, Melia Aimelia, 19, dalam beberapa blog hiburan tempatan, Melia bukan sahaja kehilangan mata pencarian sebagai pelakon malah turut menjejaskan hubungan dengan ahli keluarga terdekat.

Menurut sebuah portal berita, penyebaran video bogel yang dikatakan menyerupai dirinya menyebabkan silaturrahim keluarganya dengan saudara mara terdekat terputus akibat tidak mempercayai penerangan daripada mulutnya sendiri. Lebih mengejutkan, apabila isu ini dipaparkan di muka hadapan akhbar, ibu bapa Melia dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan. Difahamkan, Melia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut hingga menjatuhkan maruah dan imejnya.

p/s : kalau benar Melia tak bersalah ambillah tindakan sewajarnya. perkara sebegini mana boleh dibiarkan. sampaikan disisih sanak saudara sendiri padahal bukan salahnya. kes sebegini memang kerap terjadi pada zaman lani. berkenaan video mirip rupanya itu tak mustahil ianya palsu atau kebetulan…. apapun buktikan…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.