Ibu Hans Isaac Meninggal Dunia | Setelah dua tahun bertarung melawan penyakit kanser, ibu kepada aktor dan penerbit, Hans Isaac, Carmina Isaac telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Hans menerusi laman Twitternya sebentar tadi.

Menurut beberapa sumber media, jenazah mendiang akan dibawa ke gereja St. John, Bukit Nanas pada hari Rabu, jam 10.30 pagi bagi penghormatan terakhir. Kemudian upacara pembakaran jenazah akan dibuat di krematirium dan upacara menabur abu akan dilaksanakan pada hari Khamis ini.

Sebelum ini beberapa media ada menyiarkan mengenai Hans yang sanggup mengurangkan aktiviti seninya kerana mahu fokus menjaga serta meluangkan masa bersama ibunya yang sedang sakit. Takziah diucapkan kepada Hans. (Sumber gua.com.my)

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.