Ibu kepada wanita yang dipukul dan dibogelkan Nadia Nordin dakwa anak tidal bersalah! Kecoh media sosial hari ini dengan penyebaran video seorang wanita dipukul dan dibogelkan kerana didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami suspek yang dikenali dikenali dengan nama Nadia Nordin.

Selain itu, si suami turut dibelasah oleh suspek ekoran tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Video berkenaan menjadi viral dan mencetuskan perdebatan di media soaial. Pada pemerhatian ammboi ramai dikalangan kaum wanita bersetuju dengan tindakan suspek namun ada juga yang anggap tindakan itu keterlaluan.

ibu-kepada-wanita-yang-dipukul-dan-dibogelkan-nadia-nordin-dakwa-anak-tidal-bersalah

Bagaimanapun menerusi laporan myMetro, keluarga kepada wanita yang berusia 26 tahun itu mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku (suspek) yang memukul dan membogelkan anak perempuannya dalam kejadian di sebuah hotel di pekan Sungai Golok, pagi Selasa lalu.

Dua video masing-masing berdurasi dua minit lapan saat dan satu minit 15 saat itu tersebar di Facebook sejak semalam, yang mendapat komen daripada netizen.

Dalam video berkenaan, mangsa dipukul menggunakan dua botol kaca minuman oleh seorang wanita warga Thailand, dipercayai diupah wanita dikenali sebagai Nadia yang membuat rakaman itu. Difahamkan, kejadian berlaku akibat salah faham apabila mangsa dituduh menjalin hubungan cinta dengan suami Nadia.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Ani, 50-an, berkata dia mengetahui kejadian menimpa anaknya Sabtu lalu, selepas dimaklumkan anak keduanya yang tinggal di Kuala Lumpur.

“Akibat kejadian itu anak saya cedera di badan, kepala dan menerima lapan jahitan di dahi. Sebagai ibu, saya sedih dengan kejadian itu kerana mengaibkan anak saya tanpa belas kasihan.

“Anak saya tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan suami orang dan sudah membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chicha Kubang Kerian, hari ini.

Setakat ini belum dapat dipastikan pihak mana yang bersalah. Jangan mudah sangat jatuhkan hukuman. Dalam pada itu, suspek juga tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa wanita berkenaan benar-benar ditangkap ketika ‘sedang bersama’ suaminya.

ibu-kepada-wanita-yang-dipukul-dan-dibogelkan-nadia-nordin-dakwa-anak-tidal-bersalah

Harap pihak berkuasa dapat jalankan siasatan sebaik mungkin.

[UPDATE] Polis Kelantan akan membuat siasatan berhubung video viral membabitkan seorang wanita yang dipukul dan dibogelkan dipercayai berlaku di negara jiran.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, dua laporan diterima termasuk daripada mangsa yang yang dibuat Sabtu lalu di Balai Polis Kubang Kerian.

Katanya, hasil laporan itu, polis membuat siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara setahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kita percaya hasil siasatan akan dapat pengesahan berhubung kes viral berkenaan yang tersebar di laman sosial sejak kelmarin. Polis juga menerima laporan kedua hari ini dibuat seorang wanita dipercayai ada hubung kait dengan penyebaran rakaman itu,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.