Seorang wanita berhadapan hukuman penjara 26 tahun selepas didapati bersalah memasukkan bayinya ke dalam ketuhar gelombang mikro dan memasak mangsa selama 5 minit.

Ibu masak bayi 2 bulan dalam ketuhar gelombang mikro? – Dalam perbicaraan kelmarin, Ka Yang, 34, didakwa membunuh Mirabelle Thao-Lo, dua bulan pada 17 Mac 2011. Thao-Lo ditemui dengan kesan terbakar sebanyak 60 peratus termasuk pembakaran radiasi di organ dalamannya.

IBU MASAK BAYI 2 BULAN DALAM KETUHAR GELOMBANG MIKRO

Mahkamah menolak kenyataan sebelum ini yang mengatakan dia mengalami sawan jenis epileptic ketika kejadian tersebut. Pendakwa raya pula menuduh Ka Yang‎ berbohong selepas ahli forensik menemui puting bayi di dalam ketuhar berkenaan.

Menurut akhbar tempatan Sacramento Bee, Ka Yang‎ sedang mendukung bayinya ketika dia diserang sawan. Ka Yang mendakwa dia pengsan selepas itu dan mendapati bayinya cedera parah di dalam ketuhar.

Detektif memberitahu Ka Yang‎ mengaku berbohong kepada mahkamah dan memberi alasan lain iaitu mempunyai personaliti berbeza. Peguambela Ka Yang,‎ Linda Parisi cuba meyakinkan mahkamah bahawa wanita itu mempunyai sawan dan tidak sengaja membunuh Thao-Lo.

“Dia tidak pernah mendera bayinya. Dia tiada rekod jenayah sebelum ini,” kata Parisi ketika ditemu ramah.

Wakil keluarga Ka Yang‎ mengatakan dia seorang yang lemah-lembut dan ‘tidak tahu apa yang dilakukan’ (ketika kejadian).

Mahkamah akan menjatuhkan hukuman kepada Ka Yang Disember nanti.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.