Ibu Restu Hubungan Neelofa Dengan Hans Isaac | Kisah percintaan Neelofa dan Hans Isaac sebenarnya masih lagi menjadi misteri. Mereka juga masih belum mengesahkan status hubungan mereka dan hanya menyifatkan sebagai hubungan ‘kawan baik’ semata. Apapun pihak media dan peminat bagai sudah menjangka hubungan mereka berdua kini sudah ditahap daripada status kawan baik menjadi kekasih. Bagaimanapun, itu hanya tuan empunya diri saja yang tahu.

Biarpun hubungan Neelofa dan Hans Isaac masih lagi menjadi tanda tanya, namun hubungan antara Neelofa dan Hans Isaac sudah mendapat lampu hijau dari keluarga Neelofa. Ibu Neelofa dikatakan sudah merestui hubungan Neelofa dan Hans Isaac biarpun dia sendiri masih belum jelas dengan kontroversi berkenaan. Oleh itu, Noor Kartini Noor Mohamed (ibu Neelofa) tidak menolak ketentuan takdir seandai jodoh Neelofa dengan Hans Isaac.

ibu neelofa restu hubungan dengan hans isaac

“Kalau bercakap mengenai keputusan atau jodoh dan takdir, saya sebagai manusia biasa tidak boleh menyekat ketentuan daripada Allah SWT. Macam saya cakap tadi, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anak saya dan memohon agar dia ditemukan jodoh dengan orang yang soleh dan terpilih agar dapat membimbingnya dan dapat menjadi ketua keluarga. Kalau jodohnya dengan Hans Isaac sekalipun, masa untuk Neelofa masih panjang untuk mendirikan rumahtangga. Dia berkira-kira menamatkan zaman bujangnya pada usia 27 tahun dan dalam masa tiga tahun ini kita tak tau apa yang akan berlaku. Soal jodoh ini berkait dengan ketentuan dan juga hati serta perasaan. Walaupun saya ibunya, kalau itu jodoh anak saya, takkan saya mahu menolak dan biarkan hati dia hancur kerana mengikut kata-kata orang tua,”jelasnya kepada portal murai.com.my.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.