Tempoh reman dua suspek dera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dikenali Yaya disambung sehingga 12 Julai 2015 bagi membantu siasatan. Perintah berkenaan dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Ibu Yaya mangsa dera bapa dan ibu tiri lepas geram – Dalam pada itu, ibu kandung Yaya, Sana Abdul Malek gagal mengawal perasaan dan dilihat mengucap ‘Allahuakbar’ beberapa kali sambil menangis sebaik melihat kedua-dua suspek.

IBU YAYA MANGSA DERA BAPA DAN IBU TIRI LEPAS GERAM 2

“Ya Allah budok tu tak dosa (budak itu tak berdosa). Kalau mu tak buat, siapa lagi yang buat?” kata Sana kepada bekas suami dan isterinya yang didakwa mendera Yaya sehingga patah 13 tulang dan cedera teruk.

IBU YAYA MANGSA DERA BAPA DAN IBU TIRI LEPAS GERAM

Sana meluahkan kata-kata demikian kepada dua suspek itu ketika mereka dibawa polis untuk memasuki kamar Mahkamah Majistret Pasir Mas, di sini, semalam. Sana hadir ke mahkamah ditemani beberapa ahli keluarga.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.