Ifa Raziah Menang Kes Saman Fitnah Akhbar Mingguan Warta Perdana | Pengamal media mahupun blogger kena lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang artikel berkaitan dengan sesiapa sahaja. Kalau benda tu jadi fitnah memang kes naya jela. Terbaru, sebuah portal hiburan melaporkan penyanyi dan pelakon Ifa Raziah berjaya dalam tuntutan saman fitnah terhadap akhbar tabloid Mingguan Warta Perdana bertarikh 29 Jun 2008.

Menurut portal murai.com.my, akhbar berkenaan telah menerbitkan artikel bertajuk “Ifa Raziah bebas alahan – ajak rakan artis minum Power Nest“. Dalam artikel tabloid tersebut, Ifa telah didakwa mengeluarkan kenyataan berupa pengiklanan untuk syarikat pemasaran produk kesihatan, Sain Group Corporation Sdn Bhd (SGSB). Bagaimanapun, Ifa dalam pernyataan tuntutannya menafikan yang beliau memberikan persetujuan atau sebarang kebenaran kepada akhbar tersebut. Ifa juga menafikan bahawa beliau pernah memberikan kenyataan sepertimana yang tersiar dalam tabloid tersebut dan sebarang kenyataan yang disiarkan adalah kenyataan penerbit akhbar tersebut.

ifa raziah

Namun begitu, Ifa Raziah berkata, sebutan nilai tuntutannya itu masih lagi belum ditetapkan oleh mahkamah. Ifa memberitahu lagi, sebutan nilai tuntutannya itu akan diberitahu tidak lama lagi selepas proses penilaian daripada pihak mahkamah dilakukan.

Sebelum ini, pada tahun 2009, Ifa dalam kes yang sama telah pun berjaya membuat tuntutan saman fitnah berjumlah RM50,000 dan ganti rugi terhadap syarikat pemasaran produk kesihatan, Sain Group Corporation Sdn Bhd (SGSB). Ifa juga memberitahu, nilai tuntutnnya terhadap saman kali ini lebih tinggi daripada nilai samannya kepada syarikat produk berkenaan kerana artikel berbaur fitnah itu telah menyebabkan dia kekurangan tawaran berlakon dan sebagainya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.