Fenomena ikan melompat ke darat yang berlaku di Lahad Datu, Sabah ternyata satu misteri. Ramai yang tertanya-tanya apakah punca ikan berkenaan berbuat begitu. Oleh itu, pelbagai andaian timbul dan salah satunya ada yang menganggap itu petanda gempa bumi dan tsunami.

Andaian sebegitu semestinya bakal mencetuskan panik dikalangan masyarakat setempat. Mereka pasti bimbang akan keselamatan mereka tambahan pula ada yang menyamakan tarikh 26 haribulan dengan pelbagai tragedi alam yang dasyat yang pernah berlaku sebelum ini. Apa kaitan dengan 26 haribulan? Baca lanjut disini.

Namun menurut info terbaru, rasanya orang ramai tidak perlu bimbang kerana Jabatan Meteorolgi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mereka tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, pagi semalam.

ikan melompat ke darat di lahad datu

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah, Abdul Malek Tussin berkata, berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa. Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit, katanya dalam satu portal berita hari ini.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah. Kata beliau, selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai. Oleh itu pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam.

p/s: Tak apa, asalkan semua berjaga-jaga. Lebih baik beringat sebelum kena… Insya Allah, segalanya selamat..


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.