Iklan Raya Petronas 2012 – Strangers | Tidak seperti tahun tahun sebelum ini, Petronas membawakan kelainan pada tahun 2012 dengan menghasilkan sebuah filem pendek berdurasi 14 minit 30 saat. Filem pendek tersebut menampilkan pelakon utama, Redza Minhat yang memegang watak Erman dan seorang kanak-kanak warga tempatan (Uzbekistan), Jeyhun.

Filem pendek yang di’bintangi pelakon Redza Minhat ini turut menekankan elemen yang menjadi tema PETRONAS tahun 2012 ini iaitu ‘Reimagining Energy’. Mengisahkan seorang jurutera bernama Erman yang bekerja di Asia Tengah dan perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan jauh dari rumah dan berbeza budaya.

Erman bertemu dengan seorang kanak kanak lelaki tempatan bernama Jeyhun. Perkenalan yang bermula sebagai orang asing ini berakhir dengan ikatan yang menyentuh hati. Filem pendek berjudul Strangers ini di’arahkan oleh Quek Shio Chuan yang memang terkenal dengan hasil cemerlang beliau dalam menerbitkan filem pendek selama ini dan ini satu lagi hasil cemerlang beliau yang wajib tonton.

IKLAN RAYA PETRONAS 2012 (STRANGERS)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.