Kehilangan ramai pemain utama mungkin akan memberi kesan yang buruk pada pasukan Kelantan. Ia sudah tentu menjadi tugasan yang agak sukar untuk pengurusan pasukan Kelantan mencari pemain baru dan mengekalkan keupayaan pasukan bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2014.

kelantan fa

Berdasarkan beberapa sumber info termasuklah Facebook Tan Sri Annuar Musa, 11 pemain Kelantan disahkan akan berhijrah dan mereka adalah:

  1. Indra Putra
  2. Norfarhan
  3. Shakir Shaari
  4. Daudsu Jamaludin
  5. Rizal Fahmi
  6. Azizi Mat Rose
  7. Subramaniam
  8. Izuan Salahudin
  9. Zairo Anuar
  10. Faiz Subri
  11. Haris Safwan

Ada antara mereka merupakan tonggak utama pasukan Kelantan sejak beberapa tahun lepas namun terpaksa dilepaskan atas permintaan pemain berkenaan sendiri. Bagaimanapun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tiada masalah untuk melepaskan mereka selagi mereka mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak melanggar mana-mana kontrak.

Dibawah ada beberapa kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang ammboi petik dari laman FB beliau:

facebook tan sri annuar musa tsam

KAFA juga dilaporkan sedang memikat beberapa pemain baru untuk dibawa masuk ke Kelantan. Termasuklah seorang pemain import, Abdulla Baba Fatadi yang beraksi untuk skuad kebangsaan Bahrain. Senarai pemain Kelantan untuk musim 2014 dijangka diumumkan pada hujung bulan ini dan pendaftaran untuk pemain akan ditutup pada 5 Disember 2013.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.