Inilah kalau orang tua-tua kata, kerana mulut badan binasa. Nak bercakap tapi tidak bertapis. Mulalah gelabah kalau orang ambil tindakan. Semoga ianya menjadi pengajaran buat semua peminat bola sepak dan seluruh rakyat Malaysia. Kalau nak buat apa-apa kenyataan, pastikan tidak menjurus kearah yang boleh menyusahkan diri sendiri.

indra putra diugut bunuh

Sebagaimana yang berlaku kepada seorang penyokong bola sepak tempatan apabila beliau dikatakan membuat ugutan bunuh menerusi laman sosial facebook miliknya. Kenyataannya itu telah diambil rekod sebagai bukti bahawa beliau telah membuat satu ugutan kepada penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan juga pengadil perlawanan. Penyokong itu didapati tidak berpuas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa sengaja merempuh penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo.

penyokong jdt ugut bunuh indra putra

“Korang (anda) semua ada tak lubang-lubang kongsi gelap yang ada pembunuh upahan. Aku nak upah bunuh ref (pengadil) dengan Indra Putra (Mahayuddin, penyerang pasukan bola sepak Kelantan).

“Kalau dapat cacatkan dia pun ok. Harga aku bagi double (dua kali ganda).” Demikian coretan berunsur ugutan diposkan seorang lelaki dipercayai penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) melalui laman sosial Facebook (FB).

Ugutan bunuh itu terpapar dalam laman FB milik lelaki terbabit selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu lalu yang menyaksikan pasukan The Red Warriors (TRW) membenam JDT 6-1. Lelaki yang menggunakan nama Boy Nazrie itu membuat kenyataan kononnya mahu mengupah kongsi gelap yang mempunyai pembunuh upahan untuk membunuh pengadil perlawanan malam berkenaan serta Indra Putra.

Bagaimanapun menurut info terkini yang ammboi tahu, Boy Nazrie sudah memohon maaf diatas ketelanjurannya itu dan Indra juga tidak mengambil serius ugutan berkenan serta menyifatkan ianya hanyalah gurauan. Namun tidak pasti samada Indra bersedia memaafkan peminat tersebut diatas apa yang telah dilakukannya.

“Saya tidak apa-apa. Sejujurnya, saya bersama ahli keluarga masih selamat buat masa ini. Saya tidak tahu jika ada ugutan bunuh daripada mana-mana pihak tetapi saya percaya ia lebih kepada gurauan sahaja. Ia tidak begitu serius. Saya tidak mahu komen mengenai hal itu buat masa ini. Saya akan tunggu masa yang lebih sesuai.” Kata Indra Putra dipetik Kosmo!.

Sehingga kini, kenyataan dari pengadil perlawanan belum dikeluarkan. Kerana pengadil perlawanan juga adalah salah seorang yang menjadi sasaran ugutan itu. Namun sekiranya benar Boy Nazrie dimaafkan, harap beliau ambil iktibar atas kesilapannya itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.