INFO BADMINTON MAYBANK TERBUKA MALAYSIA | LIN DAN KALAH, KEJUTAN ATAU SANDIWARA? | Kejutan atau sandiwara China? Itulah persoalan yang timbul apabila juara dunia empat kali Lin Dan terkandas di pusingan kedua apabila tumbang mengejut kepada Jan O Jorgensen dari Denmark 14-21, 21-15, 21-15, semalam. Namun, jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei meniti laluan berbeza apabila menewaskan pemain Jepun, Kazushi Yamada 21-8, 21-18 sekali gus mencerahkan harapan memenangi kejuaraan kelapan selepas ketiadaan musuh ketatnya itu.

Begitupun, kekalahan Lin Dan mungkin dirancang China lebih awal bagi mengelakkan dia dikatakan ‘menjual perlawanan’ ketika menentang rakan senegara Chen Jin di suku akhir, hari ini. Ini kerana ramai menjangkakan Lin Dan akan memberi kemenangan kepada Chen Jin bagi membolehkan rakan senegaranya itu naik satu tangga dalam ranking dunia ke kedudukan keempat bagi membolehkan China memiliki tiga wakil di Sukan Olimpik nanti.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.