Info Perlawanan dan Harga Tiket Kelantan Lawan Queens Park Rangers (QPR) 20 Julai 2012 | Perlawanan persahabatan antara Kelantan dan kelab liga Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) di Stadium Shah Alam pada 20 Julai 2012. Pemilihan Stadium Shah Alam kerana ianya mampu menampung jumlah penonton yang lebih ramai berbanding Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang hanya mampu 15,000 penonton.

KAFA juga tidak dapat menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil kerana stadium berkenaan akan digunakan skuad negara menentang Arsenal empat hari kemudiannya. KAFA menjangkakan 65,000 tiket akan dijual sempena perlawanan berkenaan dan harganya bermula dari RM33, RM53 dan RM73 bagi tempat terbuka.

KLIK SINI —>> TIKET ONLINE KELANTAN VS QUEENS PARK RANGERS (QPR) 20 JULAI 2012

Berkenaan waktu perlawanan pula, QPR bersetuju melewatkan sedikit sepak mula perlawanan itu bagi memberi peluang penonton beragama Islam menunaikan solat sunat Terawih kerana umat Islam negara ini, djangka mula berpuasa pada keesokan harinya. Pihak pengurusan stadium juga akan menyediakan lebih banyak tempat untuk penonton menunaikan solat sunat Terawih di stadium pada malam perlawanan itu. Perlawanan Kelantan vs Queens Park Rangers (QPR) dijadualkan akan bermula jam 9.15 malam.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.