Pusingan Kedua Piala AFC 2012 yang menemukan Kelantan lawan Terengganu bakal berlangsung esok di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu. Kelantan yang muncul juara Kumpulan H akan jadi tuan rumah dalam perlawanan kalah mati ini. Pasukan yang menang akan mara ke saingan Suku Akhir Piala AFC 2012.

Untuk makluman semua, KAFA telah mengumumkan Diskaun 35% untuk pembelian tiket perlawanan Piala AFC – Kelantan lawan Terengganu 23 Mei 2012 sebagai tanda penghargaan diatas sokongan penyokong setia The Red Warriors (TRW) dan tanda syukur diatas kejayaan menjulang Piala FA 2012. Ini bermakna tiket perlawanan untuk Astaka kini berharga RM20 manakala RM10 untuk tempat duduk terbuka.

Pertemuan Kelantan vs Terengganu kali ini pasti lebih menarik apabila pengendali Terengganu kini, Peter James Butler merupakan bekas pengendali Kelantan dan beliau bakal berdepan Bojan Hodak. Sesuatu yang menarik juga apabila Terengganu merupakan Juara Piala FA 2011 akan berentap dengan Kelantan yang baru sahaja menjuarai Piala FA 2012.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.