Stadium Nasional, Bukit Jalil secara rasmi diumum pentas final Piala FA 2012. Ia akan menemukan Kelantan vs Sime Darby FC pada 19 Mei 2012 ini. Jadi selepas mesyuarat jawatankuasa pengelola ini, diputuskan bahawa Sime Darby akan pakai jersi merah dan Kelantan jersi putih.

Tiket sudah ditetapkan RM40 dewasa dan RM5 kanak-kanak bawah 12 tahun. Setiap pasukan diberi peruntukan 30,000 tiket dan akan dijual bermula Isnin ini. Tapi maksimumnya, 80,000 tiket.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad perlawanan final ini dapat diadakan juga di Stadium Nasional kerana kerja menukar bumbung baru belum bermula ekoran masalah tender. Tapi ia akan ditutup sehingga Piala Suzuki AFF dan mungkin aksi jelajah pra-musim Arsenal serta Manchester City diadakan di stadium lain.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.