Ingkar Perintah Mahkamah – Jimmy Shanley Mohon Penjarakan Bekas Isteri | Nampaknya isu Jimmy Shanley dan bekas isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimi masih berpanjangan walaupun mereka sudah sah bercerai pada tahun lepas. Kali ini ia berkaitan dengan hak penjagaan anak mereka, Zahrah Rania.

Pada 8 April lalu, Hakim Syarie Mawardi Che Man membuat keputusan memberikan hak penjagaan penuh anak perempuan tunggal mereka itu kepada Nursuhaila. Bagaimanapun mahkamah juga memutuskan Jimmy diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu dengan anaknya. Namun Nursuhaila dikatakan enggan mengikut perintah berkenaan dan Jimmy memberitahu dia masih gagal mendapat hak tersebut dan kecewa apabila tiga kali cubaannya mengambil anak tunggalnya itu untuk bermalam bersama tidak mendapat kerjasama daripada Nursuhaila.

jimmy shanley dan isteri

Oleh itu, Jimmy Shanley memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakan bekas isterinya, Nursuhaila atas dakwaan ingkar terhadap perintah mahkamah. Memetik laporan Kosmo!, Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 32, memfailkan permohonan itu melalui peguam syarie, Mohd Noor Azian Md. Idrus di kaunter Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

“Apabila saya hendak ambil anak ada sahaja alasan yang diberikan oleh bekas isteri termasuk alasan berada di luar negara. Saya juga telah membuat tiga laporan polis berhubung perkara itu,” katanya.

Sebagai makluman, Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh. Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.