Seperti yang kita semua tahu, pelawak Mamat (Sepah) sudah putus cinta dengan pelakon Rafidah Ibrahim (Fida). Malah Fida juga seringkali digosipkan dengan pelakon lelaki lain sejak perpisahan itu. Ketika itu juga, kerjaya Mamat ‘tidak cerah sampai kepetang’, rupanya hujan ditengah hari. Namun bagi Mamat, semua itu adalah resam dunia selebriti. Ada masa naik dan ada masanya turun. Katanya, dia kini sudah mendapat semangat baharu untuk teruskan kerjaya di bidang seni ini.

Semangat bukan kerana apa, kerana dia kini sudah ada kekasih baru dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang pelajar Management and Science University (MSU) bernama Nurul Syafiqa Zakaria, 23. Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, berkata dalam laporan mStar Online, hubungan cinta dengan pelajar yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa itu mula dijalinkan pada setahun lalu.

gambar kekasih baru mamat sepah - nurul syafiqa

“Kami berkenalan ketika nama saya jatuh gara-gara kontroversi, bukan ketika hidup senang. Kerana Syafiqa juga, saya mendapat semangat baharu untuk teruskan kerjaya di bidang seni ini. Alhamdulillah, dia merupakan orang yang sangat istimewa selepas keluarga saya,” katanya selain memberitahu mahu memperisterikan Syafiqa secepat mungkin namun perlu menghormati masa dan pelajaran wanita itu yang perlu diselesaikan dahulu sebelum meneruskan harat untuk berumah tangga.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan karier seninya, kata Mamat dia kini sedang mula mengukuhkan semula kerjaya yang pernah jatuh seketika terutamanya ketika dilanda kontroversi hubungan cintanya dengan Fida serta perpecahan kumpulan Sepah sekitar tahun 2011. Bagaimanapun, Mamat berkata dia mahu memandang ke hadapan dan enggan mengingati kenangan lalu agar lebih positif dalam kerjayanya. Malah Mamat kini cukup berbangga apabila melihat rakan-rakannya daripada kumpulan Sepah iaitu Jepp dan Shuib berjaya di bidang seni lawak.

“Dahulu saya yang tubuhkan Sepah dan apabila kami membuat haluan masing-masing, saya berharap sangat agar salah seorang daripada kami dapat mengharumkan nama Sepah. Dan kini saya dapat lihat kejayaan Jepp dan Shuib. Sikit pun saya tidak cemburu,malah berbangga dengan mereka. Sekarang ini saya pula mahu mengukuhkan kerjaya saya. Moga para peminat menerima saya dalam industri komedi tempatan ini,” ujarnya.

p/s: Baguslah tu Mamat, semoga anda juga berjaya…. dan jangan lupa, Allah juga ada…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.