Negara Jepun merupakan antara negara yang diminati oleh orang ramai untuk menghabiskan masa bercuti mereka. Jepun mempunyai pelbagai keunikan yang menarik dari segi makanan, pasar, tokong dan lain-lain. Artikel ini disumbang oleh Tuan Muhammad Syukhri Shafee.

Alhamdulilah, baru sahaja selesai jelajah Kyoto. Di sini saya boleh kongsikan serba sedikit tentang tempat-tempat yang menarik kat Kyoto.

1. Nishiki Market



Kawasan ini merupakan kawasan yang paling sesuai untuk mencari makanan yang sesuai untuk kita makan terutamanya makanan laut dan kuih-kuih tempatan yang tak ada kandungan khinzir atau pun arak.

Banyak juga saya habiskan masa untuk makan di sini. Antara makanan yang saya syorkan untuk anda semua cuba ialah Unagi no Kimo, Tonyu Donuts (Donut yang diperbuat daripada Tahu dan donut ini hanya ada di Kyoto. Sedapnya, masyaAllah), Ike-Hamo dan Tako Tamago dan Fishcake special mereka yang diperbuat 100% daripada makanan laut.

Jangan risau, semua halal sebab dah tanya ramai orang yang tinggal kat sini ataupun para pelajar yang ada kat sini. Nak ke sini hanya perlu turun kat stesen metro Shijo station atau Karasuma atau Kawaramachi.

2. Higashiyama Kiyomizu san (3)-chome

Kawasan ini kita akan jumpa ramai “bunga sakura”. Hahaha. Kalau nak tengok ramai warganegara tempatan yang pakai pakaian tradisional Jepun iaitu Kimono/Yukata, boleh datang ke sini.

Di sini juga sangat terkenal dengan Ice-Cream Matcha iaitu Ice-Cream Teh Hijau. Kyoto sememangnya terkenal dengan produk Teh Hijau. Jadi mereka buat Ice-Cream Teh Hijau untuk dijadikan salah satu produk mereka. Only in Kyoto.

3. Kiyomizu Dera (Kiyomizu Temple)

Tempat ini merupakan salah satu tempat yang terkenal bagi pelancong asing sebab pemandangan di sini cantik terutamanya di pertengahan bulan November hingga penghujung bulan November.

Orang tempatan di sini pernah berkata “The Heart of Japan is Kyoto and The Heart of Kyoto is Kiyomizu Dera”. Wow. Nampak sangat kena wajib pergi. Hahaha.

4. Arashiyama District

Di sini ada satu jambatan yang terkenal iaitu jambatan Tokugetsu. Jambatan ini sangat terkenal sebab kecantikannya ketika musim luruh dan bunga.

Di sini pun boleh jumpa ramai warga tempatan yang pakai pakaian tradisional dan yang penting, mereka semua kacak-kacak dan comel-comel belaka. Huhu. Jika anda ingin ke ke sini, anda perlu turun di stesen JR Arashiyama.

5. Nijo-jo (Nijo Castle)

Istana ini merupakan tempat pentadbiran Shogun dahulu kala bagi kawasan Kyoto. Di sini kita boleh tengok senibina dan sejarah Kyoto zaman dahulu. Untuk pergi ke sini, hanya perlu turun di Nijojo mae metro station.

6. Sagana Bamboo Grove

Di sini merupakan kawasan hutan buluh yang terkenal di Kyoto. Cantik kawasan ni sebab banyak pokok buluh dan kawasan sini sejuk sebab banyak pokok. Sangat unik kawasan ini dan dekat dengan Arashiyama. Jadi, alang-alang dah sampai ke Arashiyama boleh datang ke sini.

7. Fushimi Inari Shrine

Kawasan ini pun terkenal sebab suasananya yang cantik ketika musim luruh dan musim bunga. Best kawasan ini sebab pemandangannya dan seni bina kuno Jepun yang masih kekal sehingga ke hari ini.

8. Kyoto Tower

Kyoto tower merupakan bangunan yang paling tinggi bagi kawasan Kyoto. Dari atas bangunan ini, kita boleh lihat hampir keseluruhan kawasan pusat bandar Kyoto. Jika ingin ke sini, perlu turun di Kyoto Station.

9. International Manga Museum


Di sini boleh baca komik dan manga Jepun sampai bosan. Haha. Ini memang kawasan “Heaven” bagi mereka yang sangat menggemari Manga Jepun. Huhuhu. Untuk ke sini, anda hanya perlu turun di stesen metro Karasuma Oike.

10. Kyoto Railway Museum

Muzium ni tentang sejarah keretapi di Jepun dari zaman sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah sekarang. Seronok jugak tengok perkembangan teknologi dan kemajuan sistem pengangkutan keretapi di Jepun.

Ingin pergi sini perlu turun di Kyoto Station (Metro), dan selepas itu perlu naik bas dari situ dan turun di stesen Kyoto Railway Station. Boleh beritahu pemandu bas tersebut, nanti dia akan beritahu perlu berhenti di mana. Hihi.

Kyoto agak berbeza dengan kawasan-kawasan bandar yang lain di Jepun terutamanya Osaka dan Tokyo sebab Kyoto lebih tenang dan tak sesak sangat.

Kalau anda tahu berbahasa Jepun secara asas ia sangat membantu terutamanya dalam mengenal pasti sama ada makanan tersebut ada apa-apa bahan seperti daging ataupun alkohol.

Harap-harap perkongsian saya kali ini dapat memberi serba sedikit maklumat ataupun informasi yang boleh dijadikan rujukan kepada mana-mana backpackers yang ingin ke Kyoto.

Selamat menjelajah bandar “The Heart of Japan” iaitu Kyoto.

Penulis: Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.