Intan Ladyana Nafi Hina Polis Dalam Filem Kecoh! Hantu Raya Tok Chai | Filem pertama arahan Opie Zami, Kecoh! Hantu Raya Tok Chai bakal ditayangkan pada 18 April 2013 depan. Namun sebelum filem berkenaan ditayangkan, ada pula kontroversi membabitkan pelakonnya melakonkan babak yang menghina polis. Pelakon berkenaan adalah Intan Ladyana.

Bagaimanapun menerusi laporan Kosmo Online, Intan Ladyana atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 31, menafikan isu berkenaan. Jelasnya mengenai perwatakan anggota polis yang dilakonkan oleh dia bersama tiga pelakon lain dalam filem itu hanya lakonan semata dan adanya beberapa orang anggota polis ditempatkan bersama sepanjang penggambaran dilakukan demi mengawal tatacara pelakon.

kecoh hantu raya tok chai

Dalam filem itu, Intan melakonkan watak Koperal Lisa yang sering mengharapkan bantuan polis lelaki dan suka mengenakan pelembap bibir setiap masa. Hal itu sedikit sebanyak memperlihatkan kredibiliti pasukan polis yang tidak menjalankan tugas dengan berhemah sekali gus dilihat seolah-olah memperlekehkan badan beruniform terbabit.

“Saya melakonkan watak seorang anggota polis wanita pada landasan yang betul, kalau orang nak kutuk saya tidak kisah. Pengarah mahukan watak seorang polis wanita yang kelakar dan adakalanya nampak hilang arah kerana itu sebenarnya yang disukai oleh penonton. Lagipun, sepanjang penggambaran beberapa orang anggota polis turut sama berada di lokasi untuk menjaga dan mengawal tertib percakapan dan perlakuan apabila memakai uniform berkenaan,” ujarnya yang mengharapkan penonton menilai lakonannya dari sudut humor.

poster kecoh hantu raya tok cha

Sinopsis Filem Kecoh! Hantu Raya Tok Chai – Filem ini berkisar tentang kejadian selepas kematian seorang lelaki tua di sebuah kampung yang didakwa membela Hantu Raya. Sepanjang proses pengkebumian, penduduk kampung berdepan dengan pelbagai kesulitan apabila sering diganggu Hantu Raya yang tidak bertuan. Filem itu turut dibintangi oleh Saiful Apek, arwah Kuswadinata, Sobri Anuar (Maharaja Lawak), Azrul Raja Lawak, Amir Raja Lawak.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.