Intan Ladyana Selesa Berambut Pendek | Bagi memenuhi keperluan filem lakonannya yang baru sahaja tamat penggambaran, Dampak, Intan Ladyana terpaksa memotong rambutnya menjadi pendek sedangkan beliau yang sudah begitu sinonim dengan penampilan dirinya dengan rambut mayang mengurai.

Apapun Intan Ladyana tetap gembira apabila menerima respons baik terhadap imej terkininya itu.

“Memang sayang nak potong rambut, tetapi dalam filem Dampak, saya memegang watak Qyra. Dia harus mempunyai kelainan berbanding adik-beradik yang lain, jadi caranya adalah dengan memotong rambut,” jelasnya yang kali terakhir berambut pendek ketika menuntut di tingkatan tiga pada zaman persekolahannya dahulu.

Namun pada awalnya agak gelisah untuk memotong rambutnya itu kerana sudah terlalu lama dengan imej berambut panjang. Selain itu, Intan juga mengakui bimbang dengan imej berambut pendek akan menyebabkan mukanya kelihatan lebih berisi.

“Saya takut muka nampak gemuk, tetapi syukur, semua orang cakap nampak elok. Lagipun bagus juga tukar imej macam ini, ada juga kelainan,” jelasnya dalam sebuah akhbar harian.

Kata kekasih kepada pelakon Kamal Adli itu, dengan imej tersebut, dia kini tidak perlu mengambil masa yang lama untuk bersiap sebelum keluar rumah kerana tidak sukar untuk menjaga rambut pendek. Kepala juga terasa ringan dan tidak perlu ambil masa lama untuk urus rambut sikit macam ini.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.