Perkenalan singkat di Tanah Suci Makkah antara pelakon Irma Hasmie Ibrahim, 30, dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Radzuan, 31, diikat dalam satu majlis pertunangan yang diadakan di kediamannya di Desa Coalfields, Sungai Buloh, di sini, semalam.

Irma yang mengenakan persalinan busana berwarna biru laut rekaan Hatta Dolmat menerima cincin pertunangan daripada bakal ibu mentuanya, Datin Azizah Osman selain enam dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki. Pihak lelaki membawa set mandian, buah, kek, manisan, persalinan solat, dan persalinan pakaian, manakala pihak perempuan membalas dengan buku-buku agama, sejadah, kek, coklat, manisan, set penjagaan lelaki dan sirih junjung.

Selepas acara menyarung cincin, keluarga kedua-dua pihak berbincang dan bersetuju untuk majlis pernikahan yang akan diadakan pada 1 Julai 2012 manakala majlis sebelah lelaki pada 7 Julai 2012 ini. Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan di Keramat Mall.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.