Sebagaimana yang diketahui, Leuniey yang merupakan isteri kepada penjaga gol Kelantan dan juga kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) kini sedang hamil anak sulung mereka. Yang menariknya, Apex dan Leuniey dikatakan bakal menerima kelahiran anak kembar.

Menerusi laporan Ohbulan, khabar angin tersebut timbul apabila salah seorang pengikut laman sosial Apex mengucapkan tahniah kepada pemain bola sepak itu dengan komen berbunyi : @fahmiapexs tahniah bro dapat anak kembar 🙂

APEX DAN LEUNIEY

Ucapan tahniah tersebut bagaimanapun telah mengundang pelbagai spekulasi di kalangan peminat Apex sehingga ada yang bertanya, adakah isterinya, Leuniey telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka? Menerusi laman sosial yang sama, Apex telah membalas ucapan tahniah tersebut dengan mempersoalkan semula bagaimana isu sebegitu boleh timbul sekaligus menafikan khabar angin tersebut.

TWITTER APEX KHAIRUL FAHMI CHE MAT

Tidak kisahlah sama ada dapat bayi kembar ataupun tidak, diharapkan semoga Leuniey dan bayi dalam kandungannya sihat. Sebagai rujukan, Leuniey kini sedang hamil enam bulan dan dijadual bakal melahirkan cahaya mata sulung mereka pada awal Februari tahun hadapan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.