Alamak. Awas kepada semua isteri yang suka memeriksa telefon pasangan masing-masing tanpa kebenaran. Anda boleh dikenakan denda akibat tindakan tersebut.

Namun begitu, denda berkenaan tidak berlaku di Malaysia tetapi di UAE. Nampaknya tindakan memeriksa telefon suami tanpa kebenaran menjadi satu kesalahan di UAE.

ISTERI DIDENDA RM165,000 ATAS KESALAHAN PERIKSA TELEFON SUAMI TANPA KEBENARAN

Memetik sumber laporan Gulfnews menerusi blog SiakapKeli, seorang wanita Arab didapati bersalah kerana menceroboh privasi suaminya selepas memeriksa telefon pasangannya itu tanpa kebenaran.

Wanita arab berkenaan telah didenda Dh150,000 atau RM165,000 dan diarahkan keluar dari UAE kesalahan periksa telefon suami tanpa kebenaran

Menurut laporan berkenaan, wanita itu telah mengambil telefon suaminya dan memindahkan foto ke telefon melalui aplikasi WhatsApp. Selepas itu dia menuduh suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Kemudian suami wanita tersebut telah membuat aduan ke mahkamah Ajman dengan menuduh isterinya memindahkan gambar tanpa pengetahuannya. Hukuman berkenaan akhirnya dijatuhkan selepas wanita terbabit mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian pula, wanita Arab Saudi berdepan risiko penjara dan disebat jika disabitkan bersalah memeriksa telefon suami tanpa pengetahuan dan kebenaran.

Menurut laporan tersebut, kesalahan itu tidak tertakluk dalam undang-undang Syariah negara itu, sebaliknya dilihat sebagai melanggar urusan peribadi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.