Ammboi tumpang gembira dengan pelakon dan pelawak, Nabil apabila isterinya kini disahkan hamil 5 minggu. Syukur, rezeki tuhan la tu kan. Berita ini ammboi tahu menerusi sebuah portal hiburan sensasi, Media Hiburan yang melaporkan Isteri Nabil Hamil 5 Minggu.

Ianya juga disahkan sendiri oleh Zira (isteri Nabil) sendiri mengesahkan berita mengenai kehamilannya yang baru menjangkau lima minggu.

“Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik.

“Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna,” kata Zira yang mengakui Nabil cukup teruja apabila mengetahui yang dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Tahniah diucapkan dan jangan gembira sangat. Apa yang penting kena jaga kandungan tu baik-baik dahulu. Nabil pon kena lebih fokus la lepas ni. Maklumlah bakal bergelar bapa.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.