Seorang isteri menemui mayat suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan berbogel di sebuah premis perniagaan di Bandar Cyber, Ipoh di belakang sebuah hotel bajet malam tadi. Kedua-dua mayat itu ditemui pada jam 9 malam, selepas wanita terbabit melihat kepulan asap keluar dari premis itu yang juga milik suaminya.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata dalam satu laporan berita, isteri mangsa dikatakan mencari suaminya selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak jam 6 petang, kelmarin. Susulan itu, isteri mangsa membuat laporan polis pada jam 7.55 petang semalam sebelum mencari mangsa di sekitar Ipoh dan pejabat suaminya di Bandar Cyber. Isteri mangsa melihat kepulan asap keluar dari pejabat suaminya dan terpaksa mengumpil pintu premis itu sebelum menemui kereta PROTON Wira milik suaminya dalam keadaan enjin kenderaan masih hidup serta penghawa dingin dipasang.

isteri temui mayat bogel suami bersama kekasih dalam kereta

Beliau berkata, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan berbogel di dalam kereta itu, sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada polis. Kedua-dua mangsa bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia. Lelaki terbabit berusia 58 tahun dan seorang ahli perniagaan, manakala wanita terbabit berusia 51 tahun.

Beliau juga berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes belum diklasifikasikan sama ada unsur jenayah atau mati mengejut. Siasatan awal mendapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dan polis menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut dijalankan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.