Wah, wah, wah.. bukan main girang lagi nampaknya pelakon Zain Saidin. Apa tidaknya, menurut Zain, isterinya Rozita Che Wan atau dikenali dengan panggilan Che Ta berkemungkinan besar sudah hamil atau nama lainnya mengandung.

Perkara itu diberitahu oleh Zain sendiri kepada portal mStar Online:

zain dan rozita che wan che ta hamil mengandung

Katanya, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada pihak doktor dan sekiranya benar Rozita mengandung, dia menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya. Zain bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenainya dan kini menunggu keputusan doktor yang mungkin bakal merubah status diri sebagai seorang ayah.

“Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada ‘orang baru’ akan sertai kami sekeluarga atau tidak. Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri. Masih terlalu awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami,” ujarnya.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Rozita juga mempunyai dua eorang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.