Isu Adegan Panas, Sekatil Dengan Nora Danish – Rusdi Ramli Akui Hanya Ikut Arahan | Belum lagi ditayangkan, filem lakonan Rusdi Ramli dan Nora Danish, Mencari Cinta telah dilanda kontroversi yang cukup panas. Ianya membabitkan salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil.

Kini isu berkenaan menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Dalam pada itu, Rusdi Ramli mengaku dia melakonkan adegan berkenaan namun ianya dibuat atas arahan pengarah dan mengikut skrip filem berkenaan. Jelasnya lagi, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.

nora danish dan rusdi ramli

“Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata dalam laporan Harian Metro.

Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora dan dia tidak menyangka adegan berkenaan akan menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan penonton.

Penggambaran filem Mencari Cinta, bergenre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.

p/s: Macam mana boleh ada babak macam tu. Bukan nak kata ammboi ni baik atau warak, tapi kita yang tak berapa pandai ni pun segan tengok babak sedemikian.

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.