Isu Buka Tudung, ‘Itu Antara Saya Dengan Tuhan’ – Rossa | Kecoh pula dengan isu penampilan penyanyi dari Indonesia Rossa yang kini sudah tidak berhijab lagi selepas kekal berhijab penuh selama 2 bulan sekembalinya dari mengerjakan ibadah Haji pada tahun lalu.

Rossa kini kembali kepada imej terdahulunya dan membuka hijab. Tindakan itu menyebabkan dia dikecam teruk oleh peminat serta daripada masyarakat. Bagaimanapun Rossa berkata dia membuat keputusan begitu kerana dia akui masih belum bersedia untuk kekal dengan imej tersebut selain masih terikat dengan beberapa kontrak kerjanya sebagai penyanyi. Selain itu, Rossa turut menegaskan isu dia membuka tudung itu biarlah antara dia dengan tuhan.

rossa bertudung

“Apa yang pastinya, buat masa ini saya belum boleh mengenakan hijab, namun mudah-mudahan saya akan kembali berhijab kekal. Masih ada banyak kontrak-kontrak kerja saya yang belum selesai yang saya rasa belum boleh menuntut saya untuk berimej berhijab. Dari segi pakaian, sudah masanya saya cuba untuk berpakaian lebih sopan dan menutup aurat biarpun tidak bertudung. Banyak juga yang mengkiritik tindakan saya, tetapi saya ambil itu sebagai tanda sayang mereka terhadap saya. Biarlah, lagipun mereka mudah untuk memberi komen apa sahaja yang mereka suka tetapi bagi saya itu antara saya dengan Tuhan,” katanya kepada murai.com.my.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.