Baru-baru ini kecoh juga dengan isu ‘cap ayam’ membabitkan tiga deejay radio Era FM, Johan, Haniff dan Ray. Komen yang diberikan mereka ketika itu dianggap memperlekahkan pasukan bola sepak Sarawak menjadi juara Liga Perdana kerana bermain dalam liga ‘cap ayam’. Oleh itu, mereka bertiga telah menerima ugutan bunuh dan didesak meminta maaf.

Semalam, Johan, Haniff dan Ray dilaporkan telah mengotakan janji mereka untuk membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi segmen JoHaRa Pagi Era gara-gara komen negatif berkenaan. Memetik laporan Malaysia Digests,  permohonan maaf itu dibuat oleh ketiga-tiga penyampai radio tersebut pada pukul 8.38 pagi menerusi satu pengumuman khas dalam segmen JoHaRa Pagi Era.

johan johara pagi era fm

Permohonan maaf Johan berbunyi: “Dengan rasa rendah diri kami di JoHaRa Pagi Era ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata kami. Permohonan maaf ini dibuat dengan seikhlas hati kami.”

Ucapan maaf tersebut disambung oleh Haniff yang berkata: “Sejujurnya kami tiada niat untuk menyinggung perasaan penyokong Sarawak FA.”

Ray pula berkata: “Kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia.”

p/s: Harap isu ini selesai dan liga kita terus meriah tanpa ada sebarang provokasi dan penuh semangat kesukanan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.