Sebelum ini kecoh juga dengan cerita penyanyi, Alyah mahu gam sebuah akhbar kerana menyiarkan cerita panas mengenainya. Ia ekoran Alyah tidak berpuas hati dengan laporan akhbar terbabit kerana melaporkan berita kononnya dia sedang menunggu lamaran konduktor muzik, Datuk Ramli MS. Bagaimanapun Alyah tidak mahu isu berkenaan berpanjangan dan merancang untuk jumpa dengan wartawan bagi pulihkan keadaan.

Alyah menerusi laporan mStar Online meluahkan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan wartawan hiburan di negara ini selepas Hari Raya Aidilfitri nanti bagi menjelaskan salah faham kononnya dia mahu ‘gam’ pihak media. Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 32, berkata, pertemuan itu dijangka akan diaturkan kira-kira dua minggu selepas Syawal.

alyah mohon maaf

“Saya sudah merancang untuk bertemu dengan wartawan agar masalah kononnya saya hendak gam media dapat diselesaikan. Dengan cara itu saya fikir dapat juga mengeratkan hubungan antara saya dengan pihak media. Saya cuma mahu menjernihkan keadaan. Sebab itulah saya rancang untuk mengadakan majlis pertemuan ini selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Saya juga tidak mahu perkara itu terus berlanjutan,” katanya.

Oleh kerana isu berkenaan mungkin menjejaskan hubungannya dengan pihak media maka Alyah berkata, jalan terbaik untuk dia lakukan ialah meminta maaf dengan semua pihak media yang selama ini banyak membantu menaikkan kerjaya seninya. Dia juga seboleh-boleh enggan hubungannya dengan rakan-rakan watawan hiburan menjadi keruh walaupun kadang kala ada laporan yang ditulis itu mungkin mengguris hatinya.

Bercerita mengenai hubungannya dengan Ramli pula Alyah memberitahu, segala urusan jodoh diserahkan kepada Allah untuk menentukannya. Kata Alyah, pada usianya yang sudah mencecah 32 tahun, perasaan untuk memiliki keluarga dan mempunyai suami telah ada dalam dirinya tetapi biarlah perkara itu terlaksana apabila tiba masanya.

“Siapa yang tak ingin kahwin dan ada keluarga sendiri? Tetapi Alyah ini perempuan… apa-apa pun kita serah kepada jodoh,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.