Isu Gambar Panas – Rozita Che Wan Tidak Gentar Gosip Murahan | Nampaknya kontroversi terbaru yang melanda Rozita Che Wan begitu mencabar sekali. Penyebaran gambar bogel yang dikatakan mirip wajahnya mungkin boleh menggugat kedudukannya apatah lagi status beliau bergelar janda dan beranak dua.  Namun bagai superwoman, Rozita Che Wan akui dia tidak pernah berasa gentar dengan pelbagai gosip murahan yang melanda dia sejak kebelakangan ini kerana anak-anak mengetahui siapa sebenar dirinya.

Menerusi laporan mStar Online, Rozita, 39, berkata, anak-anaknya iaitu Ammar Effendi, 15, dan Aniq Ezra, 14, sentiasa memberikan sokongan apabila ada cerita kurang enak tentang dirinya tersebar.

“Anak-anak sangat memahami situasi hidup saya yang sering berhadapan dengan pelbagai gosip namun mereka sering mempertahankannya kerana mereka memahami kedudukan saya dan dengan siapa saya berkawan. Malah kadang-kadang anak-anak ketawa membaca gosip tentang saya kerana mereka tahu siapa ibu mereka yang sebenar,” ujarnya kepada mStar Online.

Rozita dihimpit kontroversi terbaru apabila sekeping gambar separuh bogel yang dikatakan miliknya telah tersebar tetapi pelakon tersebut tampil menafikannya. Selain gosip itu, dia juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa artis muda seperti Zain Saidin, Beego dan Shahir (AF).

Dalam pada itu, Che Ta berkata, dia tidak bimbang berkemungkinan anak-anaknya diejek oleh rakan sekolah kerana mereka sudah bijak menilai sesuatu cerita itu sama ada ia gosip ataupun kisah sebenar. Katanya, setakat ini tidak ada pula anaknya mengadu diejek oleh rakan-rakan di sekolah dan dia tidak rasa mereka tidak mempedulikan perkara itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.