Isu Hina Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan – Nor Amalina Nafi Terlibat | Nor Amalina Nawi, 24, hidup dalam ketakutan semenjak tersebarnya gambarnya bersama akaun Facebook palsu yang didaftarkan dengan nama Lynn Rosmizan tetapi menggunakan gambarnya yang mencerca bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Selain itu, akaun FB berkenaan turut digunakan untuk memaparkan bahan tulisan, foto dan video mengutuk pemimpin dan parti pembangkang dipercayai bertujuan mencetuskan kemarahan masyarakat dan melaga-lagakan penyokong kerajaan dan pembangkang.

gambar nor amalina terima ugutan bunuh

Berdasarkan sumber berita myMetro, gambar Amalina dipercayai digunakan ‘cybertrooper’ dari negara jiran yang memalsukan akaun laman Facebook (FB) untuk tujuan berkenaan. Terdapat dua laman FB disyaki palsu menggunakan nama Lynn Rosmizan dengan kedua-duanya menggunakan foto Nor Amalina sebagai gambar profil didaftarkan di Singapura iaitu di Pasir Ris dan Woodlands pada Ogos dan Disember lalu.

Jelas Amelina lagi, dia hanya tahu mengenai perkara berkenaan apabila dimaklumkan rakannya, kelmarin melalui satu pesanan ringkas memberitahu namanya kini sedang hangat diperkatakan di laman FB itu.

“Saya terus membuka Facebook dinyatakan dan terkejut gambar digunakan itu adalah saya bersama kawan lelaki saya, tapi ia menggunakan nama individu lain. Facebook itu menerima kecaman hebat daripada lebih 700 pengguna (kini lebih 1,000 komentar) yang rata-ratanya tidak berpuas hati dan mengugut mahu membunuh sekiranya dapat mengesan saya,” katanya.

p/s: Bahaya betul alam siber ni, kena lebih berhati-hati la selepas ini…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.