Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai khabar angin kononnya dia sudah menamatkan zaman duda dengan seorang wanita berstatus janda. Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang jawapan kepada isu tersebut dan tidak kisah jika ada yang terus membuat spekulasi tentangnya.

Jimmy Shanley

“Tiada komen. Biarlah rahsia. Terpulang sama ada orang ingin kata saya sedang bercinta atau pun sudah berkahwin. Doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya.

Jimmy pernah mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27, pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh. Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun.

Dalam perkembangan sama, Jimmy berkata, dia bukan serik untuk berkongsi kisah peribadinya selepas kemelut rumah tangga bersama Nursuhaila mendapat liputan luas sebaliknya memberitahu perlu menjaga hati banyak pihak. Jelas Jimmy, dia cuma belum bersedia untuk menjelaskan kedudukan sebenar tentang cakap-cakap mengenai dirinya dan hanya akan berbuat demikian apabila tiba masa sesuai. – Malaysia Digest.

p/s: Biarla Jimmy nak kahwin dengan sesiapa pun. Asalkan biarlah dengan cara yang molek dan tidak menimbulkan fitnah…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.