Isu Kahwin Lari – Fazurina Akan Beri Penjelasan | Kita dihangatkan dengan kisah artis kahwin lari pada minggu lepas. Artis berkenaan adalah pelakon drama ‘Dunia Anita’, Siti Fazurina. Bagaimanapun, Fazurina dan suaminya, Hykal Zulkifli agak terkejut dengan kontroversi yang menimpa mereka. Siti Fazurina yang telah dikatakan bernikah tanpa pengetahuan keluarga di Masjid Jamek, Sungai Pinang, Pulau Pinang pada Khamis lalumenjelaskan bukan niatnya untuk senyap atau melarikan diri daripada masyarakat. Katanya dia akan berikan penjelasan sebenar kenapa perkara berkenaan terjadi.

“Rina tidak melarikan diri atau akan senyap sahaja. Rina akan jelaskan semuanya nanti. Rina minta maaf sebab tidak boleh jelaskan di telefon. Bimbang berlaku salah faham pula nanti. Adalah lebih baik kita berjumpa secara ‘face to face’ untuk bercerita tentang perkara ini. Kalau boleh Rina tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebab kalau ikutkan, tiada sebarang isu pun. Tapi kalau pihak media menuntut penjelasan daripada Rina dan suami, Rina tidak ada masalah untuk berbuat demikian. Rina akan buat sidang media dalam waktu terdekat untuk jelaskan semuanya. Mungkin dalam bulan ini juga. Rina akan maklumkan kemudian nanti.” ujarnya dalam laporan Media Hiburan Online.

fazurina kahwin lari

Selain itu, Fazurina sempat memohon maaf kepada media kerana tidak menjemput ke majlis pernikahannya. Namun, akan menjemput media untuk majlis resepsi perkahwinan mereka pada 9 Februari 2012 hadapan. Jelasnya, lokasi majlis berkenaan belum boleh dimaklumkan lagi sebab tak tahu hendak buat di mana. Namun yang pasti, dia akan buat di Pulau Pinang.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : a[email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.