Isu Kertas Peperiksaan Percubaan SPM Bocor Di Facebook | Soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 bagi Kuala Lumpur dan Selangor, yang berjalan dari 29 Ogos lalu hingga 21 September 2012 ini, didakwa sudah tersebar menerusi laman sosial Facebook. Menurut sumber berita, pautan kepada soalan itu dimuat turun di Facebook sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek.

Namun sehingga semalam tiada tindakan diambil meskipun ada guru sekolah yang mengetahui tentang perkara ini.   Berdasarkan laporan Sinar Harian semalam, pihaknya mendapati terdapat 23,000 orang telah menerima laman tersebut pada awal pagi, namun selepas maklumat mengenainya tersebar di media, laman itu telah tiada pada jam 3 petang semalam.

Hasil semakan itu mendapati terdapat 10 subjek yang didakwa kertas percubaan SPM sebenar peperiksaan telah dimuat turun di laman tersebut. Diharap Kementerian Pelajaran dapat menyiasat dan mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat kerana kertas percubaan yang dimuat turun adalah 99.9 peratus tepat seperti soalan sebenar.

Apapun kepada pelajar yang mengambil peperiksaan berkenaan dan menggunakan soalan bocor ini, anda mungkin berjaya pada peperiksaan berkenaan namun belum tentu untuk peperiksaan sebenar. Pastinya anda akan kecewa kerana keputusan peperiksaan percubaan anda terlalu ‘hebat’ namun lain pula result yang sebenar nanti.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.