Isu Lama Tak Perlu Dikenang Kembali – Sharifah Sofea | Sharifah Sofea, nama yang semakin menyepi dalam arena hiburan negara. Tambahan pula beliau kini sudah berhijab dan penampilan barunya itu sedikit sebanyak telah mengurangkan aktiviti seninya. Beliau pernah dipalit dengan kontroversi apabila hadir ke kelab malam dengan bertudung. Namun, katanya itu cerita lama.

Sharifah Sofea berkata dalam portal gua.com.my, dia enggan mengulas lanjut isu dia dikatakan memakai hijab ke kelab malam, kerana menganggap isu lama itu tidak perlu di kenang kembali kerana ianya sudah basi.

“Saya membuat keputusan untuk tidak memberi komen kepada isu-isu negatif dan lebih fokus kepada berfikiran positif serta perkara-perkara yang memberikan ketenangan. Saya turut merujuk kepada mereka yang lebih arif mengenai hal-hal agama,”ujar Sofea.

Sharifah Sofea juga berkata dia sekarang nekad untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan merujuk kepada Al-Quran agar diri tidak terpesong kepada ajaran sesat. Dia turut menyertai usrah dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kumpulan muda yang disertai oleh Wardina Safiyyah.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.