Seperti yang kita tahu, satu-satunya peserta solo Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013, Nabil Ahmad teruk dihentam gara-gara persembahan lawak keterlaluan yang ditujukan oleh Luna Maya di gelanggang separuh akhir minggu lalu. Ramai yang menggesa agar Nabil mohon maaf kepada Luna Maya namun menerusi laporan sebuah portal hiburan hari ini, Nabil Ahmad menyatakan dia tidak berhasrat untuk memohon maaf.

Jelas Nabil, dia tidak menyangka jenaka itu dianggap sebagai satu unsur penghinaan serta mengaibkan Luna Maya. Nabil turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir peminat yang berfikiran sempit dan cuba membesar-besarkan hal terbabit.

nabil aib luna maya

“Saya tidak berhasrat untuk meminta maaf kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan atau mempunyai isu peribadi dengan Luna Maya. Saya tidak sangka pula lawak saya itu dlihat sebagai satu unsur penghinaan atau cuba mengaibkan Luna Maya. Saya rasa kesal dengan segelintir peminat atau penonton yang berfikiran sempit sehingga cuba mahu perbesarkan hal-hal seperti ini. Sedangkan ianya sebuah lawak semata-mata dan tidak langsung cuba mahu menjatuhkan maruah individu yang terbabit,” jelas Nabil.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.