Semalam kecoh juga dengan isu pelakon Afiq Muiz dan ibunya, Hasliza Mohd mahu lempang Eina Azman. Tidak pula dinyatakan sebab mengapa Afiq dan ibunya mahu bertindak begitu. Cuma pada yang tahu kisah Afiq, ibunya dan Eina Azman, pasti akan mengagak ada sengketa antara mereka yang masih belum selesai.

Bagaimanapun menerusi sumber media hari ini, Afiq menafikan sekerasnya dakwaan tersebut. Afiq memberitahu portal OhBulan, bahawa dia amat terkilan dengan isu ini dan mahu akhbar itu menunjukkan bukti kukuh terhadap tuduhan tersebut.

afiq muiz dan ibunya hasliza mohd

“Daripada fitnah saya, lebih baiklah ludah dan bunuh saya. Saya tak tahulah kenapa perlu nak panjangkan hal ini. Kasihanlah pada saya dan ibu saya. Janganlah nak fitnah saya dan ibu sampai macam ini. Perkara ini pun dah lama berlalu. Kalau saya nak saman, saya boleh saman. Tapi saya malas nak layan cerita-cerita macam ini. Saya sayangkan semua wartawan, saya hadir semua majlis. Tapi kenapa perlu nak burukkan nama saya. Kalau dah tiada story, duduk diam-diam. Pada saya lebih baik tulis cerita yang ada value daripada buat gosip tak berfaedah ini.” Luah Afiq Muiz kesal dengan cerita yang disebarkan.

ibu afiq muiz twitter nasihat wartawan harian metro cik pang

Ibunya, Hasliza Mohd juga dilihat tenang membidas gosip itu menerusi laman twitternya dan menasihati wartawan tersebut supaya menulis dengan ikhlas.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.